Dalam masa perlawanan biasa, penjaga gol bertahan secara automatik mengikut skil, status galakan Menyerlah dan OVR mereka. Lebih banyak dia berlatih dan meningkatkan OVR-nya atau meraih galakan Menyerlah, lebih baiklah prestasi dan pertahanannya.
Bagaimanapun, sebaik sahaja pintu gol anda diserang, anda boleh kawal penjaga gol dengan mengetiknya. Jadi, pada saat genting itu penjaga gol akan berlari ke arah lawan yang menguasai bola untuk menghalang serangan.

Semasa penalti, anda mempunyai opsyen untuk mengarahkan penjaga gol anda bertahan dengan menggerakkan bulatan hijau ke kawasan gawang yang ingin dilindungi. Pastikan anda sempat memberi panduan sebelum pemain lawan merembat dan berpotensi menjaringkan gol.