Untuk menyertai FA, cuma pergi ke menu "Persatuan" yang membolehkan anda meneliti setiap FA sedia ada. Sambil mencari, anda boleh tapis Persatuan yang tersedia berdasarkan bilangan ahli, divisyen FA Minimum atau Lokasi.
Selain menyertai Persatuan sedia ada, anda juga boleh mencipta persatuan baharu dengan mengetik butang “Cipta” pada skrin Persatuan. Selepas menambah semua maklumat FA yang berkenaan seperti nama FA, jenis huraian dsb, anda boleh menjemput pemain Top Goal lain menyertainya dengan berkongsi kod FA.
Dengan mencipta Persatuan, anda secara automatik akan menjadi Presiden dan boleh menentukan kapten dengan menaikkan ahli FA ke peranan tersebut.