Anda boleh menduduki Liga setiap minggu dengan bermain perlawanan di Arena. Ranking anda bergantung pada wang yang anda dapat daripada perlawanan Arena yang dimainkan.

Untuk naik ke Liga seterusnya, anda perlu berada di zon kenaikan.

Pastikan zon kenaikan dicapai, kerana kelab yang terperosok di zon relegasi akan kembali ke Liga lebih rendah dalam Mutu Liga yang sama. Bagaimanapun, apabila diturunkan ke Liga lebih rendah, anda tidak akan turun di bawah Mutu Liga yang anda capai. (cth. Setelah mencapai mutu Liga Pro, anda tidak boleh lagi dijatuhkan ke Semi-pro, kedudukan anda di dalam Mutu terjamin)

Dengan 13 Liga secara Keseluruhan, anda boleh mengharungi beberapa Arena dan mengutip wang dan ganjaran sambil memburu puncak carta kedudukan.

Selain yang pertama (Amatur), Liga terbahagi kepada pelbagai mutu, dengan setiap mutu mengandungi tiga Liga.

Ketahui lebih lanjut tentang mutu dengan mengetik butang "Lihat semua Liga" yang terdapat di sudut kanan atas skrin Liga. Ganjaran untuk ranking yang dicapai di carta kedudukan Liga bergantung pada tahap Liga, serta mutu.