Akses menu Perpindahan dari Skrin Utama untuk menyemak pemain yang tersedia di Pasaran dan Tinjauan. Bergantung pada kesesuaian pasukan, anda boleh bida pemain di Pasaran ataupun terus mengambil superstar masa depan dengan daripada Tinjauan.
Pasaran
Pasaran ialah hentian pertama dalam pencarian penambahan baharu Skuad. Setelah masuk ke skrin Pasaran, anda akan lihat senarai pemain yang tersedia, bersama spesifikasi berkaitan peranan, OVR, umur, hadiah wang dan tarikh akhir tawaran mereka. Dengan mengetik pada pemain, anda boleh temui butiran lanjut tentang atribut, stat dan tawaran lain, jadi putuskan yang terbaik tentang kesesuaiannya dengan kelab anda.
Untuk layak dalam Perebutan Perpindahan, anda perlu membuat tawaran untuk pemain menggunakan Token. Setelah Perebutan bermula, hanya pengguna yang meletakkan tawaran akan ke pusingan seterusnya. Nilai wang akan diselaras apabila lebih ramai pengguna bersaing untuk pemain dan menunjukkan permintaan lebih besar. Proses itu berulang hingga seorang sahaja pengguna bertahan dalam Perebutan Perpindahan dengan memberi tawaran terbaik dan menjadi pemenang.
Perlu diingat, anda meletak tawaran dengan Token untuk layak dan kekal di pusingan Perebutan Perpindahan seterusnya, bukan membeli pemain. Token yang dibelanjakan untuk membuat tawaran tidak akan dipulangkan, kerana telah digunakan dalam kelayakan pusingan Perebutan Perpindahan. Bagaimanapun, jika pengguna lain mengatasi tawaran anda, wang untuk pemain itu tidak dipotong kerana anda tidak membelinya.
Tinjauan
Senarai Tinjauan menawarkan pemain yang sedia diambil dengan serta-merta. Sama seperti di Pasaran, senarai Tinjauan disegar semula, lalu menyediakan beraneka jenis pemain untuk dipilih. Semak semua butiran berkenaan setiap pemain dengan mengetik profilnya dan memutuskan sama ada dia habuan yang tepat untuk kelab anda.