Walaupun pemain anda akan diletakkan dalam formasi lalai dari awal waktu anda memulakan permainan, namun kesebelasan utama, formasi dan taktik anda boleh ditukar bergantung pada gaya permainan yang anda utamakan.

Jika anda meletakkan pemain di bahagian padang yang tiada kaitan dengan peranannya, dia tidak akan dapat beraksi sebaik mungkin kerana OVR-nya lebih rendah berbanding bermain di posisi sendiri.

Pergi ke skrin Skuad dan ketik butang “Urus” (terletak di penjuru bawah kiri) untuk menukar kesebelasan utama, atau sesuaikan sahaja formasi dan taktik. Anda boleh pilih salah satu formasi yang telah ditetapkan, jadi pastikan anda mencari formasi paling sesuai untuk Skuad anda.