Seiring kemajuan anda di Arena, taruhannya semakin tinggi, lawannya lebih mencabar dan ganjarannya lebih berharga. Untuk persiapkan skuad anda dalam perlawanan akan datang, pastikan pemain anda dilatih dan dinaik taraf sebaik mungkin, kerana ini akan membantu mengekalkan kecergasan mereka apabila menunjukkan aksi terbaik di atas padang.
Galakan Menyerlah juga begitu penting untuk memperhebatkan prestasi pemain, kerana ia memberi rangsangan tambahan yang boleh ditingkatkan jika rakan skuad di sebelahnya turut mempunyai galakan Menyerlah. Ada dua cara untuk dapatkan Galakan Menyerlah: membeli pemain atau mencapai Matlamat Latihan pemain musim ini.
Selain itu, prestasi pemain juga sangat dipengaruhi oleh peralatan yang digunakan! Sebelum perlawanan bermula, jangan lupa untuk lengkapkan diri dengan But paling sesuai untuk pemain anda dan perlawanan akan datang. Setiap set But mempunyai kesan unik dan jumlahnya terhad, jadi pilihlah dengan bijak.