Untuk membuat hantaran, leret dari bola ke tempat yang mahu dihantar. (kepada pemain lain atau hantaran lolos) Untuk mencipta hantaran lambung, lukis garisan melengkung.
Anda juga boleh mengetik mana-mana bahagian padang, pemain yang menguasai bola akan mula menggelecek, mungkin mencipta peluang lebih baik untuk menyerang. Untuk membuatnya memecut, gunakan dwiketik. Pecutan memerlukan lebih banyak keadaan, jadi gunakan dengan bijak.
Butang rembatan akan tersedia di bahagian bawah skrin setiap kali rakan sepasukan anda mendapat bola. Setelah bersedia untuk merembat ke arah gawang, ketik dan tahan butang dan sasarkan ke gawang. Anda boleh merembat bola ke bintik kiri, kanan dan tengah, bergantung pada teknik rembatan yang dikehendaki. Dengan memilih bintik kiri atau kanan, rembatan akan melengkung, putarannya memberi lebih opsyen untuk aksi yang mencabar. Apabila bar kuasa muncul, sasarkan di tengah kawasan hijau untuk melepaskan rembatan sempurna.