Semasa giliran lawan menyerang, pemain anda akan berada dalam mod bertahan, cuba kembalikan penguasaan bola. Bagaimanapun, anda boleh kukuhkan lagi pertahanan mereka dengan memberi input tertentu secara aktif:
[1] Ketik pemain lawan yang mahu dikawal, lalu salah seorang pemain anda akan mula bertindak.
[2] Leret dari lokasi pemain yang mahu digerakkan ke bahagian padang yang disasar. Anda juga boleh meleret ke arah pemain tertentu, jika mahu mengawalnya. Garisan putus-putus akan muncul apabila anda mengetik pemain tertentu untuk cuba mempertahankannya, itu menandakan arah yang anda kehendaki. Satu ketikan pada pemain lawan mencipta garisan putih putus-putus untuk pertahanan normal, manakala dua ketikan mencipta garisan kuning berkembar, memberi arahan untuk pendekatan lebih agresif, yang kadangkala boleh menyebabkan faul.
Aksi sentiasa bermula apabila pengguna menyerang memberi input, bukan pengguna bertahan. Bagaimanapun, gunakan masa sebelum lawan anda memberi input untuk membuat pilihan bertahan yang terbaik.
Semasa aksi itu, pemain bergerak mengikut input yang diberikan sebelumnya.
Bertahan semasa penalti
Pertahankan gawang dengan mengarah Penjaga Gol anda melindungi kawasan tertentu! Ketika lawan sedia merembat, seret bulatan hijau ke bahagian gawang yang ingin dilindungi. Cepat, kerana hanya aksi yang diarahkan sebelum lawan merembat akan dipertimbangkan!